BERITA SUKAN 5/2/2014
*Kota Bharu: Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan Sabah dengan kemenangan tipis 2-1 bagi melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
*Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Cesar Ferrando Jimenez semalam membuat laporan polis berhubung insiden di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu.Peguam dilantik Johor DT, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral itu bertujuan menjelaskan perkara sebenar membabitkan insiden berkenaan.
*Kuantan: Seramai 784 anggota keselamatan akan ditempatkan di Stadium Darul Makmur pada aksi Liga Super yang menemukan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Jumaat ini.Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, penambahan lebih 400 berbanding 300 anggota itu bagi memastikan kekecohan yang berlaku pada aksi separuh akhir Piala FA musim lalu tidak berulang.
*Kelana Jaya: Penyerang Sarawak, Zamri Morshidi muncul wira Ngap Sayot apabila meledak jaringan tunggal untuk membolehkan mereka meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala FA dengan menyingkirkan gergasi Lembah Klang, Selangor 1-0 petang semalam.Jaringan itu hadir pada minit ke-32 apabila Zamri yang tidak dikawal pertahanan lawan memanfaatkan bola hantaran jauh kapten pasukan, Ronny Harun untuk menewaskan Mohd Farizal Marlias di gawang Selangor untuk menceriakan kira-kira 1,000 penyokong Sarawak yang hadir.
No comments:
Post a Comment